Skip to main content

TIMELINE PENGAJIAN sampai KERJA (Bah. 1)

 Salam Ramadhan,

Hari berasa nak kongsi-kongsi sikit sempena bulan penuh berkah ni. Hakikat generasi ber-blog ni dan lama ditelan zaman tapi apa aku kisah, aku suka menulis. Aku suatu masa akan dimamah bumi, tapi tulisan tak seberapa ni mungkin kekal sampai bila bila.

Cuba hidup elakkan perhatian ramai, adakan hobi yang kau sendiri bahagia dan nyaman. Nak memenuhi standard manusia ni memang takkan pernah puas dan takkan habis. Alhamdulillah, dalam hidup serba mencabar lagi lagi dengan COVID MENTAL ILLNESS yang makin menjadi jadi, ya aku selamat dari sandiwara dunia ni. 

Tudia, melalut habis sebelum sampai ke tujuan entry kali ni.

BAIK! 

Namaku Luqman, aku dilahirkan dari keluarga berdarah Kelantan tetapi menetap di Alor Star Kedah sebelum kembali ke tanah air ayahku di Kelantan.

Perjalanan pengajianku memang agak mengelirukan tapi memang sudah menjadi norma diriku yang tak tetap dan berubah-ubah. 

TAHUN 1, ALOR STAR KEDAH

Aku yang memang dari keluarga Kelantan dan bertutur dialek Kelantan bermula dari rumah lagi disekolah di Kedah yang memang lain terus bahasanya. Mulanya aku memang kekok untuk berkawan tapi bagus aku cepat belajar dan menyesuai diri, tahun pertama aku dah petah bercakap Kedah tanpa sebarang masalah.


Sekolah aku diberi nama Sekolah Kebangsaan Wan Sulaiman Sidiq, Jalan Tambang Badak rasanya aku pun dah lupa. Bersekolah aku disini dari darjah 1 sehingga darjah 6, antara sekolah aku terlama yang aku sempat habiskan pengajian penuh sehingga UPSR.

Banyak pengalaman manis dan pahit aku disini yang sampai hari ini aku masih kenang-kenangkan. Teringat aku kepada cikgu, antaranya Teacher Elina, Ustazah Azizah, Cikgu Norma, Sir Aizat dan ramai yang aku pun dah lupa.

Aku dari Rumah Sukan Merah dan Koku-rikulum Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) walaupun hati aku suka cabaran dan aktiviti meneroka macam Pengakap, tapi sedih ditempatkan dalam PBSM tanpa rela hati (cikgu dah pilih).


Aku bermula dengan Kelas RAJIN dari tahun 1 hingga tahun 3 (1 RAJIN...) sebelum dinaik pangkat ke Kelas TEKUN dari tahun 4 hingga tahun 6. Di sekolah aku hanya mempunyai dua kelas iaitu Rajin dan Tekun, kelas Rajin untuk peringkat pembelajaran sederhana manakala kelas Tekun untuk peringkat memuaskan.

Semasa aku di kelas Rajin, aku ingat tahun pertama aku mempunyai masalah pembelajaran iaitu untuk membaca dan ditempatkan di kelas Pemulihan dan aku orang pertama yang keluar kelas Pemulihan. Bangga aku dapat keluar sebab disambut baik oleh cikgu dan diberi hadiah lagi.

Tahun 5 dan 6 aku dijadikan sebagai Ketua Kelas yang mana skop kerja aku untuk membantu guru bagi segala keperluan, melaung BANGUN!! SE-LAMAT PAGI CIKGU! dan BANGUN! TE-RIMA KASIH CIKGU setiap kali cikgu datang dan pergi dan menyemak buku kehadiran dan lagi yang aku dah tak ingat.

Aku masih ingat, ketika bersukan aku antara pelajar yang cergas tetapi sedih apabila mewakili rumah Merah, selalu cikgu akan memilih pelajar lain yang mana langsung tak memberi mata kepada rumah bagi kategori lompat tinggi, lompat jauh dan sebagainya. Walaupun prestasi aku cukup memuaskan ketika itu, tapi fizikal aku tidak memadai di mata cikgu, iya-lah aku kurus dan kecil.

Tapi tu semua pengalaman manis yang aku teringat sampai bila-bila, hmm rindunya. Mendengar khabar beberapa cikgu aku sudah meninggalkan dunia ni, aku sedih tapi iya kita manusia takkan muda selamanya. Tapi ilmu yang cikgu ajar aku manfaatkan sampai hayat aku, menjadi pahala berterusan buat cikgu aku di alam sana, Alahumma Aminn. 

Tapi pelik kan, zaman aku cikgunya semua tua-tua hehe. Tapi sekarang cikgunya muda-muda.

Comments

Popular posts from this blog

Aku budak KIAS

Assalamualaikum, Bismillahirrahmanirrahim, Kisah akhi bermula bila ayah mula mendesak untuk belajar. Upu memang tak dapat dek keputusan spm yang semput cukup cukup makan. Alhamdulillah masa depan akhi mula kelihatan pabila akhi mula menjejak ke satu ipts nie yang agak famous dalam bumi kelate iaitu Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Banyak-banyak ipts dalam Malaysia, kias jugk akhi pilih. Kenapa ? Firstly, kias paling dekat dengan rumah huhuh. Dan banyak-banyak ipts diluar sane, kias antara kolej yang menawarkan perbagai kursus dengan yuran yang agak berpatutan. Tambahan setiap kursus yang ditawarkan adalah diiktiraf, so xyah runsing pasal kerja. Kat luar sne luas lagi peluang pekerjaan. Prinsip akhi, belajarlah kerana minat bukan sebab kerja semata-semata. Banyak graduan luar sane yang menganggur. Manusia Allah SWT dah tentukan rezeki kita sejak azali lagi, Kenapa nak runsing? tambah-tambah belajar agama. selagi tujuan kita benar, Allah sentiasa bagi jalan un...

KIAS oh KIAS

Assalamualaikum dan ahlan wasahlan wamarhaban bikum, Sekembali lagi aku bercerita kisah-kisah aku di KIAS yang entah bila akan habis ini.  Aku budak biasa, yang tiada rupa, tiada harta, tiada nama ehem. Mengingat kembali aku ketika di KIAS, aku agak aktif juga lah dalam aktiviti persatuan, program, dan banyak lagi. Sijil penglibatan, penyertaan juga berbukit dalam simpanan yang separuhnya hilang dari radar (oh mengg).  Disini ada pelbagai kelab sukan dan kokurikulum yang kalian boleh turut serta tapi kena rajin bertanya dan mencari. Ada sahaja persatuan kelab yang mati dihuni hantu, persatuan yang aktif meroket ke langit, persatuan yang syok tak habis-habis. Rajin-rajinkan lah bertanya dengan abang abang kakak kakak senior kalian. Yang acah malu dan tidak mahu berkata kata itu, cepat cepat bagitahu sama abang mu ini biar aku ketuk sekali baru terbuka mata melihat realiti (gedushh!). Ketika ini lah, nak kutip ilmu berorganisasi sebanyak boleh, kumpul sijil setinggi langit , kut...

Best ke belajar KIAS ? Well, well, well

 Assalamualaikum dan hi adik adik mu, Kemari lagi aku kali ini menceritakan kisah hidup aku 3 tahun di negara KIAS, NILAM PURI. 3 tahun aku di KIAS bagi diploma pengajian bahasa arab lah (haiya haiya). Persoalan utama buat adik adik junior aku yang masih terpinga pinga mencari halatuju kehidupan tetapi tersangkut di pikiran, Best ke belajar KIAS? Tanpa berlengah lagi, mari abang mu berstory story tentang suasana kias dan bagaimana rindu pula aku pada KIAS selepas sudah sekian lama. Aku belajar di KIAS tahun 2015 dan graduasi tahun 2018, sekarang sudah 2021. Gila lah kalau tak rindu. Oh no.. Bagi yang mencari kemewahan dan kemegahan duniawi, terus terang aku bagi tahu KIAS biasa biasa saja. Tidak lah besar, tidak lah mewah tetapi isi kandungan nya melebihi buih jangan lautan dipenuhi nya, ehem. Mananya tidak, padang bola satu sahaja, blok kuliah pula hanya 2, bangunan pentadbiran masih utuh dengan kayu jati. Melalut pula, tengok sendiri lah di google (abang mu kalau bercerita bab ni...