Assalamualaikum dan ahlan wasahlan wamarhaban bikum,
Sekembali lagi aku bercerita kisah-kisah aku di KIAS yang entah bila akan habis ini.
Aku budak biasa, yang tiada rupa, tiada harta, tiada nama ehem. Mengingat kembali aku ketika di KIAS, aku agak aktif juga lah dalam aktiviti persatuan, program, dan banyak lagi. Sijil penglibatan, penyertaan juga berbukit dalam simpanan yang separuhnya hilang dari radar (oh mengg).
Disini ada pelbagai kelab sukan dan kokurikulum yang kalian boleh turut serta tapi kena rajin bertanya dan mencari. Ada sahaja persatuan kelab yang mati dihuni hantu, persatuan yang aktif meroket ke langit, persatuan yang syok tak habis-habis. Rajin-rajinkan lah bertanya dengan abang abang kakak kakak senior kalian. Yang acah malu dan tidak mahu berkata kata itu, cepat cepat bagitahu sama abang mu ini biar aku ketuk sekali baru terbuka mata melihat realiti (gedushh!).
Ketika ini lah, nak kutip ilmu berorganisasi sebanyak boleh, kumpul sijil setinggi langit , kutip pengalaman sebanyak mungkin geng. Manalah tahu, selepas habis pengajian kalau kalian dan malas sambung dengan dan sijil penglibatan ini. Syarikat syarikat memang tak berpaling untuk rekrut kalian, aduu. Cuma pesan abang mu, ketika ini lah kalian meneroka pelbagai jenis kehidupan dan jenis ragam manusia. Berfikir biarlah seluas angkasa, melihat biarlah sejauh Africa jangan menyorok sahaja dalam bilik usha-usha dari tingkap sahaja (bosan lah!!).
Pensyarah mana yang tidak kenal aku, kerana muka ini lah yang selalu LEWAT masuk kelas!! huhu. Entah apalah dipikiran aku, tetapi jarang sekali aku paling awal. Paling tidak aku disyaki rasuk kerana lain dari lain (oh naaw). Teringat aku dengan Ustaz Rafizi, dia mengajar subjek Adab Nusus untuk bidang aku. Dia memang seorang yang tegas dan berkata terus kepada tujuan tetapi dialah yang paling sayang dan suka menjamu anak muridnya. Hampir setiap bulan, ada sahaja dia mengajak ke rumah untuk menikmati hidangan kambing masakan arab, aduhhh teringat aku sup tulang dia ehemmm.
Memang bagi orang lain KIAS ini kecil sahaja, tetapi sepanjang 3 tahun aku disini. Memori KIAS paling besar dan dalam terpahat dalam perut. Macam-macam yang berlaku sepanjang hidup jasad aku di sini. Memori yang senang diungkap oleh kata kata, tetapi empunya yang melalui sahaja tahu perasaan ketika itu.
Ketika aku itu, memang rakan sekelas semua sporting. Setiap kali ujian, aku dan rakan berkongsi nota (kebanyakan nota mereka lah, hihi). Pergi ke bilik pensyarah satu persatu mohon syafaat dan petunjuk ujian uhuk. Macam macam lah. Umumnya, abang mu ini nak suruh kau bersosial lah. Berkawan jangan memilih, hidup hanya sekali (ttiber).Esoknya apa yang berlaku, paling kurang kau ada kawan yang boleh bantu. Bantu tolong tandatangankan kehadiran ke kelaskah (huhuhu).
Hidangan di dalam KIAS tidak lah seberapa, itu kerana aku selalu melabuh ke kedai-kedai luar KIAS untuk sarapan atau makan malam. Sarapan di Cafe KIAS, dinnernya di Alisha. Makanan sudahlah murah, pelbagai pilihan lagi. Bajet harian aku Ringgit Malaysia 10-15 maksima sehari. Nasib aku membuat kerja sambilan mingguan yang cukup menyara aku sepanjang 3 tahun aku disini!!
Adui, penat jugak ya (sambungan)..... KIAS dihati ku, hatimu siapa?
Comments
Post a Comment