Assalamualaikum dan selamat pagi,
Pagi ke, erm entoh ler.. ikut la kome
Orait geng, sebelum aku bercerita panjang lebar sukacita aku nak mengucapkan salam Covid-19 buat rakyat Malaysia sekalian yang aku sayang macam adik beradik.
Hari aku catat kisah celoteh bosan aku bertarikh 2 OGOS 2021 aka PKP 3.0 (ambush!!). Hari- hari kes naik dari ratus ke ribu ke belasan ribu, aduu hebat betul orang kita. Hahaha
Apa ni membebel pulak aku. Eh, mana ada membebel, aku nyatakan sahaja. Ini fakta bukan auta (kata aku yang hari hari kerja tidur makan membuang ajaa). Dah-dah, meh terus kepada tajuk utama posting ini, makin lama makin mislead aku, ehem.
| Google bagi |
Seperti sedia maklum pada posting aku yang berapa tahun lalu tu, ya aku pelajar KIAS singkatan bagi Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra. Dan bangga aku nak bagitahu, KIAS dah naiktaraf jadi Kolej Universiti yang aku pun belum pasti apa nama baru kali ini. KUIAS mungkin, wah nanti tak lama jadi Universiti pula. Entah-entah jadi UIAS, hehe tak jauh sudah dengan UIA.
Seperti rakyat marhean kebanyakan dan bertarafkan hamba macam aku. aku isi permohonan aku dalam portal UPU. Tapi nak dijadikan cerita, aduh kerana kelalaian aku juga. Aku lewat setahun permohonan sebab aku tak ada MUET. Silap aku tak ambil masa pengajian diploma, padahal iklan MUET lalu lalang setiap hari. Maka tak lengkaplah permohonan aku tanpa MUET. Syarat pendaftaran UPU bagi lepasan asasi,SPTM,matrik dan diploma mestilah ada MUET (Malaysia University English Test). Kalau tak ada, memang pendaftaran bergantung, setahu aku lah. Tak tahu kalau ada yang lepas tanpa MUET, ada ke hmm.
Maka berlalulah setahun kerana baru nak ambil MUET. Aku daftar MUET persendirian, ambil ujian di sekolah orang dan belajar sendiri (pinjam buku-buku member dan jarang jarang otak member sekali). Maka tibalah hari pendaftaran UPU, aku dengan keputusan MUET aku (agak okeylah bagi aku) maka isilah permohonan aku dalam UPU. Tak silap ada 8 pilihan, dan pilihan aku semua menjurus kepada pengajian Bahasa Arab.
Alhamdulillah, keputusan sudah keluar. Namaku tercatat dalam senarai mereka yang dapat tawaran ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Sebenar target aku adalah UM dan UKM dan pilihan akhir aku baru UIA. Tapi apa daya, maha Pencipta sudah atur yang mungkin adalah terbaik baik aku. Lagipun UIA dengan bidang pilihan aku memang tidak asing lagi. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulilah.| pon google bagi, rasa la |
Aku sedang bekerja ketika keputusan UPU keluar, dan tempoh surat tawaran aku adalah dua minggu untuk bersiap lapor diri di UIA Gombak bagi sesi Orientasi budak baru. Maka bersiaplah aku untuk terbang ke UIA dari kampung halaman aku Kota Bharu ke Gombak, Afrika. Esokkan aku buat surat notis berhenti untuk diberi pada bos, sebelum aku cincau ke UIA. Aku dihujani dengan ucapan tahniah, iAlah mengucap tahniah itu pun bahagia bagi aku (mungkin la). Harapan aku, sedekahkan lah duit ker ape, entah bagaimana hidup aku disana.
Aduhhh, panjang lah pula karangan aku. Hehehe, sambung lah dekat posting sebelah. Panjang sangat korang pun jadi malas nak baca, YEDOKKK!!
Sambungan....... (ORIENTASI DI UIA DALAM COVID TENGAH MENGGILA?)
Comments
Post a Comment