Monday 2 August 2021

KIAS oh KIAS

Assalamualaikum dan ahlan wasahlan wamarhaban bikum,

Sekembali lagi aku bercerita kisah-kisah aku di KIAS yang entah bila akan habis ini. 

Aku budak biasa, yang tiada rupa, tiada harta, tiada nama ehem. Mengingat kembali aku ketika di KIAS, aku agak aktif juga lah dalam aktiviti persatuan, program, dan banyak lagi. Sijil penglibatan, penyertaan juga berbukit dalam simpanan yang separuhnya hilang dari radar (oh mengg). 

Disini ada pelbagai kelab sukan dan kokurikulum yang kalian boleh turut serta tapi kena rajin bertanya dan mencari. Ada sahaja persatuan kelab yang mati dihuni hantu, persatuan yang aktif meroket ke langit, persatuan yang syok tak habis-habis. Rajin-rajinkan lah bertanya dengan abang abang kakak kakak senior kalian. Yang acah malu dan tidak mahu berkata kata itu, cepat cepat bagitahu sama abang mu ini biar aku ketuk sekali baru terbuka mata melihat realiti (gedushh!).

Ketika ini lah, nak kutip ilmu berorganisasi sebanyak boleh, kumpul sijil setinggi langit , kutip pengalaman sebanyak mungkin geng. Manalah tahu, selepas habis pengajian kalau kalian dan malas sambung dengan dan sijil penglibatan ini. Syarikat syarikat memang tak berpaling untuk rekrut kalian, aduu. Cuma pesan abang mu, ketika ini lah kalian meneroka pelbagai jenis kehidupan dan jenis ragam manusia. Berfikir biarlah seluas angkasa, melihat biarlah sejauh Africa jangan menyorok sahaja dalam bilik usha-usha dari tingkap sahaja (bosan lah!!).

Pensyarah mana yang tidak kenal aku, kerana muka ini lah yang selalu LEWAT masuk kelas!! huhu. Entah apalah dipikiran aku, tetapi jarang sekali aku paling awal. Paling tidak aku disyaki rasuk kerana lain dari lain (oh naaw). Teringat aku dengan Ustaz Rafizi, dia mengajar subjek Adab Nusus untuk bidang aku. Dia memang seorang yang tegas dan berkata terus kepada tujuan tetapi dialah yang paling sayang dan suka menjamu anak muridnya. Hampir setiap bulan, ada sahaja dia mengajak ke rumah untuk menikmati hidangan kambing masakan arab, aduhhh teringat aku sup tulang dia ehemmm.

Memang bagi orang lain KIAS ini kecil sahaja, tetapi sepanjang 3 tahun aku disini. Memori KIAS paling besar dan dalam terpahat dalam perut. Macam-macam yang berlaku sepanjang hidup jasad aku di sini. Memori yang senang diungkap oleh kata kata, tetapi empunya yang melalui sahaja tahu perasaan ketika itu. 

Ketika aku itu, memang rakan sekelas semua sporting. Setiap kali ujian, aku dan rakan berkongsi nota (kebanyakan nota mereka lah, hihi). Pergi ke bilik pensyarah satu persatu mohon syafaat dan petunjuk ujian uhuk. Macam macam lah. Umumnya, abang mu ini nak suruh kau bersosial lah. Berkawan jangan memilih, hidup hanya sekali (ttiber).Esoknya apa yang berlaku, paling kurang kau ada kawan yang boleh bantu. Bantu tolong tandatangankan kehadiran ke kelaskah (huhuhu).

Hidangan di dalam KIAS tidak lah seberapa, itu kerana aku selalu melabuh ke kedai-kedai luar KIAS untuk sarapan atau makan malam. Sarapan di Cafe KIAS, dinnernya di Alisha. Makanan sudahlah murah, pelbagai pilihan lagi. Bajet harian aku Ringgit Malaysia 10-15 maksima sehari. Nasib aku membuat kerja sambilan mingguan yang cukup menyara aku sepanjang 3 tahun aku disini!!

Adui, penat jugak ya (sambungan)..... KIAS dihati ku, hatimu siapa?

Best ke belajar KIAS ? Well, well, well

 Assalamualaikum dan hi adik adik mu,

Kemari lagi aku kali ini menceritakan kisah hidup aku 3 tahun di negara KIAS, NILAM PURI.

3 tahun aku di KIAS bagi diploma pengajian bahasa arab lah (haiya haiya). Persoalan utama buat adik adik junior aku yang masih terpinga pinga mencari halatuju kehidupan tetapi tersangkut di pikiran, Best ke belajar KIAS?

Tanpa berlengah lagi, mari abang mu berstory story tentang suasana kias dan bagaimana rindu pula aku pada KIAS selepas sudah sekian lama. Aku belajar di KIAS tahun 2015 dan graduasi tahun 2018, sekarang sudah 2021. Gila lah kalau tak rindu. Oh no..

Bagi yang mencari kemewahan dan kemegahan duniawi, terus terang aku bagi tahu KIAS biasa biasa saja. Tidak lah besar, tidak lah mewah tetapi isi kandungan nya melebihi buih jangan lautan dipenuhi nya, ehem. Mananya tidak, padang bola satu sahaja, blok kuliah pula hanya 2, bangunan pentadbiran masih utuh dengan kayu jati. Melalut pula, tengok sendiri lah di google (abang mu kalau bercerita bab ni, rasanya dah jadi buku berjilid).

Nama sahaja KIAS, berpusat di Kelantan, Malaysia. Tetapi sebenarnya bertaraf antarabangsa, kenapa? Padanlah dengan nama nya Kolej Islam ANTARABANGSA Sultan Ismail Petra, bukan hanya pada nama memang ahli nya dari pelbagai negara. Paling banyak pelajar adalah dari Thailand seterusnya diikuti dengan pelajar Indonesia, Brunei dan Pakistan pun ada. Bukan pelajar sahaja, pensyarah juga dari luar negara antaranya dari Algeria, Acheh, Mesir dan ada sorang tu yang aku tidak pasti tetapi pensyarah wanita (Ustazah Sles Monira).

Mereka ini bukan BELAJAR disana, tapi memang anak kelahiran dan kewarganegaraan sana. Kalau nak dibandingkan dengan belajar di luar, 90% pensyarah KIAS adalah graduan lepasan universiti luar negara terutama dari tanah arab (pengajian islam).

Sesiapa yang datang menuntut di KIAS, memang bukan lagi seperti datang ke sekolah. Kalian sekarang sudah masuk ke alam universiti atau panggilan lain INTITUSI PENGAJIAN TINGGI. Maka disinilah akan bertemu dengan pensyarah pelbagai gelaran, assignment, bilik kuliah, bilik tutorial, CGPA dan pelbagai lagi lah. Bagi aku tidak lah terlalu terpinga, ini adalah pengalaman yang menarik dan baru untuk aku.

Yang paling best belajar sini kalau dapat pensyarah yang memang sporting habis. Tidak kira dimana kalian belajar, kalau dapat pensyarah macam cikgu Sejarah maka bersengkang lah mata kalian dalam bilik kuliah yang sejuk amat berhawa dingin. Teringat aku, ketika kelas kuliah, aku dan rakan sekelas tersengguk-sengguk nak tidur memang mengantuk habis. Mananya tidak, sudahlah kelas petang, lewat lagi tu.. Huhu, sori Dr. Lina (ehemm).

Secara umumnya, apa yang ada di Kolej lain, KIAS ada semuanya. Cuma paling kureng, capaian internet kias memang agak menghanatkan. Waktu tengah malam baru selaju pelesit ketika rakyat sedang lena tidur. Riuh rendah bilik aku ketika tahun pertama aku di KIAS (tahun pertama wajib duduk asrama).

Asrama lelaki satu sahaja iaitu Sakan Abu Bakar tetapi bilik banyak namun tidak mampu mengatasi jumlah hawa yang 2/3 dari penduduk KIAS. Asramanya sahaja sudah dua bangunan (Sakan Aisyah dan Sakan Khadijah). Jangan main-main dengan kaum hawa KIAS, memang polos, lemah lembut selembik angin, bertutup 360 darjah, sekali disergahnya lari memang tak cukup tanah, hihihi jangan main main (tangan yang lembut menghayun buaian mampu menggegar dunia seisinya, ehem).

Sambungan (panjang lah pulak)... (KIAS oh KIAS)

TaWe (Taaruf Week) UIA dalam COVID tengah mengliar?

 Assalamualaikum dan hi, 

Bersambung dari posting yang lepas. Ya, tentang orientasi aku di UIA dalam musim COVID.

Sebelum aku kena lapor diri di UIA dan Mahallah (asrama). Ada beberapa dokumen yang aku kena lengkapkan (semua dah termasuk dalam link surat tawaran) termasuk dengan gambar selfie berlatarkan putih syahdu tanpa apa-apa corak untuk kad pelajar aku.

Setiba aku di UIA, maka berangkut lah aku dengan barang-barang aku ke Mahallah yang didaftarkan untuk aku iaitu Mahallah Bilal. Tiba di pintu masuk utama Mahallah, disambut oleh comittee Tawe dan meminta aku mengisi borang lapor diri dan nyatakan nama dan nombor IC. Pendaftaran aku memang sempurna dan mencukupi, dan aku terima kad pelajar aku disitu juga. Ada pelajar yang bermasalah dibahagian ini, mungkin gambar selfie yang diberi tak lulus garis etika dan tidak dapat kad pelajar lagi ketika itu.

Seusai pendaftaran, baru aku ke pejabat untuk ambil kunci bagi bilik aku. Aku ditempatkan di blok B tingkat 2, bersama dengan rakan sefakulti aku (bidang lain-lain). Semasa pendaftaran lagi, aku sudah diberi kit Tawe yang di dalamnya ada kertas, pen apa bagai untuk orientasi. Bebudak sini, tak panggil orientasi, terlalu baku mungkin. Disini disebut Tawe (Taaruf Week), harap maklum. Aku mulanya terpinga juga.

Tawe kali ini akan berlangsung selama 10-12 hari tak silap aku. Tapi yang berjaya langsung secara bersemuka hanya 2 HARI sahaja. Pengumuman dari Abah Din, tak bagi berkumpul ramai-ramai dalam suatu dewan. Kes ketika itu tengah melonjak saban hari. Maka perancangan Tawe yang disusun cantik untuk 2 minggu untuk terpaksa dibatalkan dengan rasa penuh hiba. Tetapi masih diteruskan, bagaimana? Mestilah secara atas talian. Ini kali pertama Tawe UIA dijalan kan secara atas talian.

Agak terkejut beruk juga lah untuk commitee Tawe, belum pernah dibuatnya. Tapi berlaku jua akhirnya. Walau bagaimana pun, ahli commitee ramai. Mereka dah plan dan tak akan rebah macam itu sahaja. Ialah, mana mungkin Tawe mesti diteruskan, bajet dah ada. Hehehe. 2 hari pertama sempat lah bersemuka, hari seterusnya sehingga akhir Tawe adalah secara atas talian sepenuhnya yang dihadiri oleh ahli-ahli tertentu sahaja.

Sepatutnya akan ada BAIAH, hari dimana semua pelajar satu dewan penuh akan berikrar berjemaah dengan baju yang dibuat khusus untuk moment ini sahaja tetapi kerana COVID, tinggal sahaja baju sebagai kenang kenangan (bergaya aku depan cermin) haruslah, aku bayar kot.

Bagaimana Tawe berlangsung atas talian? 

Sepenuhnya melalui Youtube Live. Kehadiran melalui ruangan komen (adus), aku hadir tetapi dalam komen sahaja lah. Hehehe. Tunjuk lah sedikit support, mereka dah membuat yang terbaik bukan. Ini adalah kali pertama dalam sejarah, mungkin untuk kali kedua rancangan mereka lagi sempoi.

Sepanjang tempoh Tawe ini, setiap pelajar diberi makanan percuma 3 kali sehari. Jimatlah sedikit duit poket simpanan aku, alhamdulillah syukur. Sementara aku masih di UIA, sebelum aku sempat lari ke Kota Bharu (Abah Din nak isytihar TOTAL LOCKDOWN) adalah bro sporting dari UIA juga membawa aku dan rakan rakan lain bersiar pusing usha usha sekeliling UIA. 

Bagi yang belum pernah menjejak kaki ke bumi UIA, kawasan UIA adalah satu bulatan besar mengelilingi bangunan fakulti,pentadbiran,perpustakaan,masjid di tengah-tengah. Sekelilingnya kebanyakan adalah Mahallah. Setiap Mahallah pula mempunyai blok-blok yang berasingan. Tidak silap aku, pintu masuk UIA ada tiga. Kalau ada bas pun, hanya mengelilingi bulatan ini. Tiada jalan lain untuk bas, kecuali masuk dan keluar sahaja.

Sambungan hehe... (PUSING-PUSING SEKITAR UIAM)

BELAJAR UIA LEPAS HABIS KIAS : YAY OR NAY

Assalamualaikum dan selamat pagi, 

Pagi ke, erm entoh ler.. ikut la kome

Orait geng, sebelum aku bercerita panjang lebar sukacita aku nak mengucapkan salam Covid-19 buat rakyat Malaysia sekalian yang aku sayang macam adik beradik.

Hari aku catat kisah celoteh bosan aku bertarikh 2 OGOS 2021 aka PKP 3.0 (ambush!!). Hari- hari kes naik dari ratus ke ribu ke belasan ribu, aduu hebat betul orang kita. Hahaha

Apa ni membebel pulak aku. Eh, mana ada membebel, aku nyatakan sahaja. Ini fakta bukan auta (kata aku yang hari hari kerja tidur makan membuang ajaa). Dah-dah, meh terus kepada tajuk utama posting ini, makin lama makin mislead aku, ehem.

Google bagi

Seperti sedia maklum pada posting aku yang berapa tahun lalu tu, ya aku pelajar KIAS singkatan bagi Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra. Dan bangga aku nak bagitahu, KIAS dah naiktaraf jadi Kolej Universiti yang aku pun belum pasti apa nama baru kali ini. KUIAS mungkin, wah nanti tak lama jadi Universiti pula. Entah-entah jadi UIAS, hehe tak jauh sudah dengan UIA.


Seperti rakyat marhean kebanyakan dan bertarafkan hamba macam aku. aku isi permohonan aku dalam portal UPU. Tapi nak dijadikan cerita, aduh kerana kelalaian aku juga. Aku lewat setahun permohonan sebab aku tak ada MUET. Silap aku tak ambil masa pengajian diploma, padahal iklan MUET lalu lalang setiap hari. Maka tak lengkaplah permohonan aku tanpa MUET. Syarat pendaftaran UPU bagi lepasan asasi,SPTM,matrik dan diploma mestilah ada MUET (Malaysia University English Test). Kalau tak ada, memang pendaftaran bergantung, setahu aku lah. Tak tahu kalau ada yang lepas tanpa MUET, ada ke hmm.

Maka berlalulah setahun kerana baru nak ambil MUET. Aku daftar MUET persendirian, ambil ujian di sekolah orang dan belajar sendiri (pinjam buku-buku member dan jarang jarang otak member sekali). Maka tibalah hari pendaftaran UPU, aku dengan keputusan MUET aku (agak okeylah bagi aku) maka isilah permohonan aku dalam UPU. Tak silap ada 8 pilihan, dan pilihan aku semua menjurus kepada pengajian Bahasa Arab.

Alhamdulillah, keputusan sudah keluar. Namaku tercatat dalam senarai mereka yang dapat tawaran ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Sebenar target aku adalah UM dan UKM dan pilihan akhir aku baru UIA. Tapi apa daya, maha Pencipta sudah atur yang mungkin adalah terbaik baik aku. Lagipun UIA dengan bidang pilihan aku memang tidak asing lagi. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulilah.

pon google bagi, rasa la

Aku sedang bekerja ketika keputusan UPU keluar, dan tempoh surat tawaran aku adalah dua minggu untuk bersiap lapor diri di UIA Gombak bagi sesi Orientasi budak baru. Maka bersiaplah aku untuk terbang ke UIA dari kampung halaman aku Kota Bharu ke Gombak, Afrika. Esokkan aku buat surat notis berhenti untuk diberi pada bos, sebelum aku cincau ke UIA. Aku dihujani dengan ucapan tahniah, iAlah mengucap tahniah itu pun bahagia bagi aku (mungkin la). Harapan aku, sedekahkan lah duit ker ape, entah bagaimana hidup aku disana.

Aduhhh, panjang lah pula karangan aku. Hehehe, sambung lah dekat posting sebelah. Panjang sangat korang pun jadi malas nak baca, YEDOKKK!!

Sambungan....... (ORIENTASI DI UIA DALAM COVID TENGAH MENGGILA?)

Wednesday 25 October 2017

SAHABAT : Permata dalam cahaya

Sahabat? Siapa tidak mengenali sahabat, mereka hanya manusia biasa cuma yang membezakan adalah bagaimana rapat mereka dengan kita.

Aku suka dipanggil husin. Aku seorang yang banyak bercakap dan mempunyai banyak kawan. Banyaknya kawan adalah seperti banyaknya cakapku. Aku jenis suka berbicara, suka bergurau senda, suka mengusik dan agak nakal orangnya. Aku suka menegur orang, biarpun orang yang tidak ku kenal. Cuma jenis kenalan aku selalunya adalah mereka yang ada perkaitan dengan aku. Contoh rakan sebilik, rakan sesubjek, rakan sebatch dan macam-macam lagi. Aku banyak tegur orang selain dari perkaitanku cuma tidak serapat seperti mengusik kawan-kawan.

Walau berpuluh-puluh kawan yang aku ada, belum ada satu dari mereka adalah sahabatku. Definisi kawan dan sahabat berbeza. Mudah kata, yang ramai-ramai kawan dengan kau itu adalah KAWAN kau. Tetapi jika ada seorang yang rapat dengan kau, macam pergi study sekali, main futsal sekali, sekalipun kalau ada buat piknik satu kelas dia mesti. Dia jenis yang banyak mesej kau, dia yang banyak tahu pasal kau, dia tempat kau luah bila gepren tetiba minta clash, dia kawan yang kau selalu bandingkan siapa paling hensem dan dia lah yang ada ketika mana tiada yang nak bantu kau. Itulah namanya SAHABAT.

Aku akui, walau berpuluh-puluh kawan yang aku ada hanya seorang jenis bercirikan sahabat. Beza dengan kawan, bila kau nak minta tolong kadang-kadang segan pun ada. Tapi kalau sahabat, sekali je kau mesej dia dah datang. Sahabat sejati adalah mereka yang sokong kita di belakang pabila mana kita tengah buntu, sesat dan sedih sekalipun.

Kenapa sahabat diibaratkan seperti permata dalam cahaya? Macam aku cakap tadi, dalam puluh-puluh sekalipun ribu-ribu kawan kau dia seorang je sahabat kau. Ada, cuma lain dari yang lain. Inilah sahabat sebenar, 

Istilah sahabat juga pada asalnya datang dari Rasul Allah sebagai contoh yang boleh kita ambil macam Saidina Abu Bakar. Nak cakap punya sayangnya saidina Abu Bakar kepada Nabi Muhammad SAW dia pernah membiarkan dirinya digigit kala jengking bagi mengelak kala jengking tu mengigit nabi.


Thursday 24 March 2016

Aku budak KIAS

Assalamualaikum,

Bismillahirrahmanirrahim,

Kisah akhi bermula bila ayah mula mendesak untuk belajar. Upu memang tak dapat dek keputusan spm yang semput cukup cukup makan. Alhamdulillah masa depan akhi mula kelihatan pabila akhi mula menjejak ke satu ipts nie yang agak famous dalam bumi kelate iaitu Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

Banyak-banyak ipts dalam Malaysia, kias jugk akhi pilih. Kenapa ?

Firstly, kias paling dekat dengan rumah huhuh. Dan banyak-banyak ipts diluar sane, kias antara kolej yang menawarkan perbagai kursus dengan yuran yang agak berpatutan. Tambahan setiap kursus yang ditawarkan adalah diiktiraf, so xyah runsing pasal kerja. Kat luar sne luas lagi peluang pekerjaan. Prinsip akhi, belajarlah kerana minat bukan sebab kerja semata-semata. Banyak graduan luar sane yang menganggur. Manusia Allah SWT dah tentukan rezeki kita sejak azali lagi, Kenapa nak runsing? tambah-tambah belajar agama. selagi tujuan kita benar, Allah sentiasa bagi jalan untuk hambanya.

Kos pilihan akhi adalah diploma bahas arab, akhi minat sangat arab. Arab bukan sahaja bahasa syurga, arab juga bahasa ilmu. Lagi-lagi ilmu agama. Once adk2 belajar arab, adk2 nak dalami mana-mana ilmu agama mudah. Kitab-kitab luar sne bahasa arab, tak banyak terjemahan. Dengan penguasaan bahasa arab, mudah untuk kita mendalami ilmu-ilmu agama. Kos ni tak banyak IPT tawarkan untuk diploma, jadi adik2 yang minat arab bolehlah datang sini. Pensyarah-penyarah disini pun mantop semua, ada pensyarah luar negara. Memang mula-mula belajar tu agak rasa susah sikit, tapi tu benda biasa. Memang mula-mula masuk IPT semua pembelajaran meningkat dari sekolah rendah, ke menengah ke diploma. Tapi adk2 yang baru masuk diberi pendedahan, ada intensif lagi. Pensyarah-pensyarah kt sini pun sentiasa terbuka untuk membantu para pelajar.

Tambahan diploma bahasa arab juga diiktiraf di universiti luar termasuk di Mesir,Jordan dan Maghribi. Ikutkan hati, akhi mmg nekad nak sangat belajar dekat luar. Disebabkan kekangan kewangan , akhi pilih untuk stay diMalaysia je. 

Untuk diploma bahasa arab, kelayakkan nak masuk pun tak ketat sangat. Sekadar 3 kredit subjek asas dan lulus bahasa arab. Buat yang bukan aliran agama, kias pun ada menawarkan kos untuk aliran selain arab. Antaranya, diploma pengajian islam, diploma kaunseling dan banyak lagi. Kias juga menerima pelajar luar negara, antaranya dari thailand, indonesia dan juga brunei.

Pertama kali akhi menjejak ke sini, memang agak kekok sebab ramai orang xkenal tambah pensyarah apa bagai. sebab masa sekolah panggil cikgu-cikgu jer. Once sampai sini, macam jenis panggilan kita xpernah guna pun ada macam doctor madam apa semua. Bila dah terbiasa, akhi mula rasa selesa dengan persekitaran. Akhi juga dapat banyak tawaran belajar diluar, tapi hati dah terpaut kat kias. Dah ada kawan pun, berat hati nak tinggal. Tambahan pembelajaran sini pun xjauh beza dengan ipt-tpi lain, yang membezakan cuma taraf kami. Sebab kias xbesar macam UM,UIA,UMM. Tapi insha Allah , kias sedang berusaha untuk mencapai ke arah kolej universiti.

Alhamdulillah sejak belajar di kias, bahasa arab akhi mula melonjak dengan tambahan kosa kata baru, perkataan baru dan banyak lagi. Banyak orang beranggapan yang bahasa arab nie susah. Bagi akhi, apa yang susah tu adalah dari tanggapan diri sendiri. Kalau kita benar2 minat, In sha Allah senang. Dekat kias, pensyarah xterlalu memaksa dalam pembelajaran. Kalau xfaham terus tanya. Kuasa pengetahuan ilmu adalah dengan banyak bertanya. xfaham terus tanya. Tak pernah lagi seumur hidup akhi, kena makan ngn lecturer sbb bertanya *muka serius*. Pensyarah-pesyarah sini pun suka kalau pelajar bertanya. Diorang pun suka apa yang diajar diorang pelajar faham, bukan main angguk-angguk terpaksa je.Memang dalam kelas akhi, kalau xfaham akhi terus tanya pensyarah. Memang pensyarah terang satu persatu. Pensyarah-pensyarah sini memang mantop, kebanyakan diorang ni belajar kat luar negara. Ilmu mereka nie mmg luas, kalau nak timba tu mmg takkan habis.

Sebelum akhi mula nak menjejak kaki ke kias, memang agak berat sebab kias bukan antara kolej yang hebat dimata awam. Tapi bila mula belajar disini, dah kenal semua pensyarah, akhi buang semua tanggapan-tanggapan negatif *persyaitankan kata-kata org*. Pensyarah sini bukan calang-calang, persekitaran sini pun best. Senior-senior akhi pun sentiasa membantu dalam pembelajaran, buat asignment. Memang best plus indah bila kita mula memahami erti sebenar menuntut ilmu dijalan Allah.

Untuk adk-adk yang minat dengan aktiviti luar, dalam kias sendiri ada kelab pemainan dan sukan yang mungkin kena dengan kemahiran adik. Antaranya kelab pengucapan umum (KPU) untuk adik-adik yang minat berpidato,bercakap depan,berdebat dan banyak lagi. Seterusnya kelab wartawan buat adk-adk yang suka bercakap dan mempunyai keberanian untuk menemuduga berbagai ragam manusia kelab ni sanga sesuai.Kelab Bahasa Arab,Kelat IT dan banyak lagi. Antara sukan yang ada di KIAS antaranya silat,futsal,memanah,berenang dan berbagai lagi tidak kira lelaki ataupun perempuan. 

Akhir kalam dari akhi, nasihat untuk adk-adk yang nak sambung belajar.

Tempat kita belajar tidak menentukan siapa kita pada masa hadapan kelak, yang menentukan adalah setakat mana kita capai dan hasil yang kita dapat sepanjang tempoh menuntut ilmu. Niat baik kerana Allah besar ganjarannya adk-adk InsyaAllah, Letak Allah dalam fikiran, belajar kerana kemahuan bukan kerana paksaan. Once dik mindset macam tu, hari2 pembelajaran adik akan lancar dan relax je. InshaAllah..Selamat maju jaya, jazakumullahu khairan kathiran,, :)