Skip to main content

Best ke belajar KIAS ? Well, well, well

 Assalamualaikum dan hi adik adik mu,

Kemari lagi aku kali ini menceritakan kisah hidup aku 3 tahun di negara KIAS, NILAM PURI.

3 tahun aku di KIAS bagi diploma pengajian bahasa arab lah (haiya haiya). Persoalan utama buat adik adik junior aku yang masih terpinga pinga mencari halatuju kehidupan tetapi tersangkut di pikiran, Best ke belajar KIAS?

Tanpa berlengah lagi, mari abang mu berstory story tentang suasana kias dan bagaimana rindu pula aku pada KIAS selepas sudah sekian lama. Aku belajar di KIAS tahun 2015 dan graduasi tahun 2018, sekarang sudah 2021. Gila lah kalau tak rindu. Oh no..

Bagi yang mencari kemewahan dan kemegahan duniawi, terus terang aku bagi tahu KIAS biasa biasa saja. Tidak lah besar, tidak lah mewah tetapi isi kandungan nya melebihi buih jangan lautan dipenuhi nya, ehem. Mananya tidak, padang bola satu sahaja, blok kuliah pula hanya 2, bangunan pentadbiran masih utuh dengan kayu jati. Melalut pula, tengok sendiri lah di google (abang mu kalau bercerita bab ni, rasanya dah jadi buku berjilid).

Nama sahaja KIAS, berpusat di Kelantan, Malaysia. Tetapi sebenarnya bertaraf antarabangsa, kenapa? Padanlah dengan nama nya Kolej Islam ANTARABANGSA Sultan Ismail Petra, bukan hanya pada nama memang ahli nya dari pelbagai negara. Paling banyak pelajar adalah dari Thailand seterusnya diikuti dengan pelajar Indonesia, Brunei dan Pakistan pun ada. Bukan pelajar sahaja, pensyarah juga dari luar negara antaranya dari Algeria, Acheh, Mesir dan ada sorang tu yang aku tidak pasti tetapi pensyarah wanita (Ustazah Sles Monira).

Mereka ini bukan BELAJAR disana, tapi memang anak kelahiran dan kewarganegaraan sana. Kalau nak dibandingkan dengan belajar di luar, 90% pensyarah KIAS adalah graduan lepasan universiti luar negara terutama dari tanah arab (pengajian islam).

Sesiapa yang datang menuntut di KIAS, memang bukan lagi seperti datang ke sekolah. Kalian sekarang sudah masuk ke alam universiti atau panggilan lain INTITUSI PENGAJIAN TINGGI. Maka disinilah akan bertemu dengan pensyarah pelbagai gelaran, assignment, bilik kuliah, bilik tutorial, CGPA dan pelbagai lagi lah. Bagi aku tidak lah terlalu terpinga, ini adalah pengalaman yang menarik dan baru untuk aku.

Yang paling best belajar sini kalau dapat pensyarah yang memang sporting habis. Tidak kira dimana kalian belajar, kalau dapat pensyarah macam cikgu Sejarah maka bersengkang lah mata kalian dalam bilik kuliah yang sejuk amat berhawa dingin. Teringat aku, ketika kelas kuliah, aku dan rakan sekelas tersengguk-sengguk nak tidur memang mengantuk habis. Mananya tidak, sudahlah kelas petang, lewat lagi tu.. Huhu, sori Dr. Lina (ehemm).

Secara umumnya, apa yang ada di Kolej lain, KIAS ada semuanya. Cuma paling kureng, capaian internet kias memang agak menghanatkan. Waktu tengah malam baru selaju pelesit ketika rakyat sedang lena tidur. Riuh rendah bilik aku ketika tahun pertama aku di KIAS (tahun pertama wajib duduk asrama).

Asrama lelaki satu sahaja iaitu Sakan Abu Bakar tetapi bilik banyak namun tidak mampu mengatasi jumlah hawa yang 2/3 dari penduduk KIAS. Asramanya sahaja sudah dua bangunan (Sakan Aisyah dan Sakan Khadijah). Jangan main-main dengan kaum hawa KIAS, memang polos, lemah lembut selembik angin, bertutup 360 darjah, sekali disergahnya lari memang tak cukup tanah, hihihi jangan main main (tangan yang lembut menghayun buaian mampu menggegar dunia seisinya, ehem).

Sambungan (panjang lah pulak)... (KIAS oh KIAS)

Comments

Popular posts from this blog

Aku budak KIAS

Assalamualaikum, Bismillahirrahmanirrahim, Kisah akhi bermula bila ayah mula mendesak untuk belajar. Upu memang tak dapat dek keputusan spm yang semput cukup cukup makan. Alhamdulillah masa depan akhi mula kelihatan pabila akhi mula menjejak ke satu ipts nie yang agak famous dalam bumi kelate iaitu Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Banyak-banyak ipts dalam Malaysia, kias jugk akhi pilih. Kenapa ? Firstly, kias paling dekat dengan rumah huhuh. Dan banyak-banyak ipts diluar sane, kias antara kolej yang menawarkan perbagai kursus dengan yuran yang agak berpatutan. Tambahan setiap kursus yang ditawarkan adalah diiktiraf, so xyah runsing pasal kerja. Kat luar sne luas lagi peluang pekerjaan. Prinsip akhi, belajarlah kerana minat bukan sebab kerja semata-semata. Banyak graduan luar sane yang menganggur. Manusia Allah SWT dah tentukan rezeki kita sejak azali lagi, Kenapa nak runsing? tambah-tambah belajar agama. selagi tujuan kita benar, Allah sentiasa bagi jalan un...

KIAS oh KIAS

Assalamualaikum dan ahlan wasahlan wamarhaban bikum, Sekembali lagi aku bercerita kisah-kisah aku di KIAS yang entah bila akan habis ini.  Aku budak biasa, yang tiada rupa, tiada harta, tiada nama ehem. Mengingat kembali aku ketika di KIAS, aku agak aktif juga lah dalam aktiviti persatuan, program, dan banyak lagi. Sijil penglibatan, penyertaan juga berbukit dalam simpanan yang separuhnya hilang dari radar (oh mengg).  Disini ada pelbagai kelab sukan dan kokurikulum yang kalian boleh turut serta tapi kena rajin bertanya dan mencari. Ada sahaja persatuan kelab yang mati dihuni hantu, persatuan yang aktif meroket ke langit, persatuan yang syok tak habis-habis. Rajin-rajinkan lah bertanya dengan abang abang kakak kakak senior kalian. Yang acah malu dan tidak mahu berkata kata itu, cepat cepat bagitahu sama abang mu ini biar aku ketuk sekali baru terbuka mata melihat realiti (gedushh!). Ketika ini lah, nak kutip ilmu berorganisasi sebanyak boleh, kumpul sijil setinggi langit , kut...