Assalamualaikum dan hi adik adik mu, Kemari lagi aku kali ini menceritakan kisah hidup aku 3 tahun di negara KIAS, NILAM PURI. 3 tahun aku di KIAS bagi diploma pengajian bahasa arab lah (haiya haiya). Persoalan utama buat adik adik junior aku yang masih terpinga pinga mencari halatuju kehidupan tetapi tersangkut di pikiran, Best ke belajar KIAS? Tanpa berlengah lagi, mari abang mu berstory story tentang suasana kias dan bagaimana rindu pula aku pada KIAS selepas sudah sekian lama. Aku belajar di KIAS tahun 2015 dan graduasi tahun 2018, sekarang sudah 2021. Gila lah kalau tak rindu. Oh no.. Bagi yang mencari kemewahan dan kemegahan duniawi, terus terang aku bagi tahu KIAS biasa biasa saja. Tidak lah besar, tidak lah mewah tetapi isi kandungan nya melebihi buih jangan lautan dipenuhi nya, ehem. Mananya tidak, padang bola satu sahaja, blok kuliah pula hanya 2, bangunan pentadbiran masih utuh dengan kayu jati. Melalut pula, tengok sendiri lah di google (abang mu ka...
Salam Ramadhan, Hari berasa nak kongsi-kongsi sikit sempena bulan penuh berkah ni. Hakikat generasi ber-blog ni dan lama ditelan zaman tapi apa aku kisah, aku suka menulis. Aku suatu masa akan dimamah bumi, tapi tulisan tak seberapa ni mungkin kekal sampai bila bila. Cuba hidup elakkan perhatian ramai, adakan hobi yang kau sendiri bahagia dan nyaman. Nak memenuhi standard manusia ni memang takkan pernah puas dan takkan habis. Alhamdulillah, dalam hidup serba mencabar lagi lagi dengan COVID MENTAL ILLNESS yang makin menjadi jadi, ya aku selamat dari sandiwara dunia ni. Tudia, melalut habis sebelum sampai ke tujuan entry kali ni. BAIK! Namaku Luqman, aku dilahirkan dari keluarga berdarah Kelantan tetapi menetap di Alor Star Kedah sebelum kembali ke tanah air ayahku di Kelantan. Perjalanan pengajianku memang agak mengelirukan tapi memang sudah menjadi norma diriku yang tak tetap dan berubah-ubah. TAHUN 1, ALOR STAR KEDAH Aku yang memang dari keluarga Kelantan dan be...