Skip to main content

SAHABAT : Permata dalam cahaya

Sahabat? Siapa tidak mengenali sahabat, mereka hanya manusia biasa cuma yang membezakan adalah bagaimana rapat mereka dengan kita.

Aku suka dipanggil husin. Aku seorang yang banyak bercakap dan mempunyai banyak kawan. Banyaknya kawan adalah seperti banyaknya cakapku. Aku jenis suka berbicara, suka bergurau senda, suka mengusik dan agak nakal orangnya. Aku suka menegur orang, biarpun orang yang tidak ku kenal. Cuma jenis kenalan aku selalunya adalah mereka yang ada perkaitan dengan aku. Contoh rakan sebilik, rakan sesubjek, rakan sebatch dan macam-macam lagi. Aku banyak tegur orang selain dari perkaitanku cuma tidak serapat seperti mengusik kawan-kawan.

Walau berpuluh-puluh kawan yang aku ada, belum ada satu dari mereka adalah sahabatku. Definisi kawan dan sahabat berbeza. Mudah kata, yang ramai-ramai kawan dengan kau itu adalah KAWAN kau. Tetapi jika ada seorang yang rapat dengan kau, macam pergi study sekali, main futsal sekali, sekalipun kalau ada buat piknik satu kelas dia mesti. Dia jenis yang banyak mesej kau, dia yang banyak tahu pasal kau, dia tempat kau luah bila gepren tetiba minta clash, dia kawan yang kau selalu bandingkan siapa paling hensem dan dia lah yang ada ketika mana tiada yang nak bantu kau. Itulah namanya SAHABAT.

Aku akui, walau berpuluh-puluh kawan yang aku ada hanya seorang jenis bercirikan sahabat. Beza dengan kawan, bila kau nak minta tolong kadang-kadang segan pun ada. Tapi kalau sahabat, sekali je kau mesej dia dah datang. Sahabat sejati adalah mereka yang sokong kita di belakang pabila mana kita tengah buntu, sesat dan sedih sekalipun.

Kenapa sahabat diibaratkan seperti permata dalam cahaya? Macam aku cakap tadi, dalam puluh-puluh sekalipun ribu-ribu kawan kau dia seorang je sahabat kau. Ada, cuma lain dari yang lain. Inilah sahabat sebenar, 

Istilah sahabat juga pada asalnya datang dari Rasul Allah sebagai contoh yang boleh kita ambil macam Saidina Abu Bakar. Nak cakap punya sayangnya saidina Abu Bakar kepada Nabi Muhammad SAW dia pernah membiarkan dirinya digigit kala jengking bagi mengelak kala jengking tu mengigit nabi.


Comments

Popular posts from this blog

Aku budak KIAS

Assalamualaikum, Bismillahirrahmanirrahim, Kisah akhi bermula bila ayah mula mendesak untuk belajar. Upu memang tak dapat dek keputusan spm yang semput cukup cukup makan. Alhamdulillah masa depan akhi mula kelihatan pabila akhi mula menjejak ke satu ipts nie yang agak famous dalam bumi kelate iaitu Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Banyak-banyak ipts dalam Malaysia, kias jugk akhi pilih. Kenapa ? Firstly, kias paling dekat dengan rumah huhuh. Dan banyak-banyak ipts diluar sane, kias antara kolej yang menawarkan perbagai kursus dengan yuran yang agak berpatutan. Tambahan setiap kursus yang ditawarkan adalah diiktiraf, so xyah runsing pasal kerja. Kat luar sne luas lagi peluang pekerjaan. Prinsip akhi, belajarlah kerana minat bukan sebab kerja semata-semata. Banyak graduan luar sane yang menganggur. Manusia Allah SWT dah tentukan rezeki kita sejak azali lagi, Kenapa nak runsing? tambah-tambah belajar agama. selagi tujuan kita benar, Allah sentiasa bagi jalan un...

BELAJAR UIA LEPAS HABIS KIAS : YAY OR NAY

Assalamualaikum dan selamat pagi,  Pagi ke, erm entoh ler.. ikut la kome Orait geng, sebelum aku bercerita panjang lebar sukacita aku nak mengucapkan salam Covid-19 buat rakyat Malaysia sekalian yang aku sayang macam adik beradik. Hari aku catat kisah celoteh bosan aku bertarikh 2 OGOS 2021 aka PKP 3.0 (ambush!!). Hari- hari kes naik dari ratus ke ribu ke belasan ribu, aduu hebat betul orang kita. Hahaha Apa ni membebel pulak aku. Eh, mana ada membebel, aku nyatakan sahaja. Ini fakta bukan auta (kata aku yang hari hari kerja tidur makan membuang ajaa). Dah-dah, meh terus kepada tajuk utama posting ini, makin lama makin mislead aku, ehem. Google bagi Seperti sedia maklum pada posting aku yang berapa tahun lalu tu, ya aku pelajar KIAS singkatan bagi Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra. Dan bangga aku nak bagitahu, KIAS dah naiktaraf jadi Kolej Universiti yang aku pun belum pasti apa nama baru kali ini. KUIAS mungkin, wah nanti tak lama jadi Universiti pula. Entah-entah jadi ...

Budak Kias

 Assalamualaikum dan hi adik adik mu, Kemari lagi aku kali ini menceritakan kisah hidup aku 3 tahun di negara KIAS, NILAM PURI. 3 tahun aku di KIAS bagi diploma pengajian bahasa arab lah (haiya haiya). Persoalan utama buat adik adik junior aku yang masih terpinga pinga mencari halatuju kehidupan tetapi tersangkut di pikiran, Best ke belajar KIAS? Tanpa berlengah lagi, mari abang mu berstory story tentang suasana kias dan bagaimana rindu pula aku pada KIAS selepas sudah sekian lama. Aku belajar di KIAS tahun 2015 dan graduasi tahun 2018, sekarang sudah 2021. Gila lah kalau tak rindu. Oh no.. Bagi yang mencari kemewahan dan kemegahan duniawi, terus terang aku bagi tahu KIAS biasa biasa saja. Tidak lah besar, tidak lah mewah tetapi isi kandungan nya melebihi buih jangan lautan dipenuhi nya, ehem. Mananya tidak, padang bola satu sahaja, blok kuliah pula hanya 2, bangunan pentadbiran masih utuh dengan kayu jati. Melalut pula, tengok sendiri lah di google (abang mu ka...